Perjalanan ke situ
Jauh perjalanan ini.
Kasar dan beralun.
Curam sekali.
Gayat aku dibuatnya.
Namun,
Aku gagahkan hati,
Kuatkan semangat.
Berjalan...
Berlari...
Mendaki...
Sesekali terasa letih.
Terduduk untuk mengambil nafas.
Mencari nafas segar.
Untuk mula berjalan kembali.
Tiba-tiba,
Terasa ketinggalan,
Terasa keseorangan,
Takut!
Selalu dibayangi gangguan.
Perasaan takut.
Was-was dengan laluan ini.
Bingkas cuba berlari
Cuba mengejar...
Untuk mencari...
Mungkin ada seseorang
Jauh dihadapan aku.
Mungkin...
Cuba berlari selaju mungkin.
Aduh!
Tersungkur pula!
Terluka.
Pedih dan perit.
Darahdan airmata mengalir serentak.
Terduduk kembali.
Tersandar.
Ah!
Berhenti saja!
Bisik hati kecilku
Hati yang penat mungkin…
Hati yang tergoda...
Hati yang terpedaya...
Untuk menoleh kiri dan kanan
di sepanjang perjalanan ini.
Ada taman cantik seindah fantasi.
Ada rumah besar sebesar istana.
Tertarik sekali hati ini untuk berhenti.
Namun...
Kaki ini terus melangkah.
Walau berkali-kali menoleh kiri dan kanan.
Hati masih mahu meneruskan...
Perjalanan yang jauh ini.
Ah!
Penat lagi...
Terasa ingin melelapkan mata
Toleh kanan...
Rumah sebesar istana itu,
Terlalu besar dan selesa...
Untuk rehat seketika.
Toleh kiri...
Taman seindah fantasi...
Ya...
Ada satu bangku yang cantik sekali.
Aku cuba duduk dan bersandar.
Cuba melelapkan mata.
Tidak selesa!
Tiba-tiba menjadi segar.
Aku perlu terus berjalan.
Biar penat berlari.
Biarpun jatuh lagi.
Aku harus bangun.
Terus berjalan.
Terus berlari.
Cepat atau lambat.
Aku hanya ingin sampai...
Sampai ke situ!
Untuk bertemu dan bersatu
Dengan sang cinta dan cita
Aku teruskan langkah.
Tidak mahu menoleh lagi.
Kerana aku sudah sedar.
Ada taman yang lebih indah di sana!
Jauh perjalanan ini.
Kasar dan beralun.
Curam sekali.
Gayat aku dibuatnya.
Namun,
Aku gagahkan hati,
Kuatkan semangat.
Berjalan...
Berlari...
Mendaki...
Sesekali terasa letih.
Terduduk untuk mengambil nafas.
Mencari nafas segar.
Untuk mula berjalan kembali.
Tiba-tiba,
Terasa ketinggalan,
Terasa keseorangan,
Takut!
Selalu dibayangi gangguan.
Perasaan takut.
Was-was dengan laluan ini.
Bingkas cuba berlari
Cuba mengejar...
Untuk mencari...
Mungkin ada seseorang
Jauh dihadapan aku.
Mungkin...
Cuba berlari selaju mungkin.
Aduh!
Tersungkur pula!
Terluka.
Pedih dan perit.
Darahdan airmata mengalir serentak.
Terduduk kembali.
Tersandar.
Ah!
Berhenti saja!
Bisik hati kecilku
Hati yang penat mungkin…
Hati yang tergoda...
Hati yang terpedaya...
Untuk menoleh kiri dan kanan
di sepanjang perjalanan ini.
Ada taman cantik seindah fantasi.
Ada rumah besar sebesar istana.
Tertarik sekali hati ini untuk berhenti.
Namun...
Kaki ini terus melangkah.
Walau berkali-kali menoleh kiri dan kanan.
Hati masih mahu meneruskan...
Perjalanan yang jauh ini.
Ah!
Penat lagi...
Terasa ingin melelapkan mata
Toleh kanan...
Rumah sebesar istana itu,
Terlalu besar dan selesa...
Untuk rehat seketika.
Toleh kiri...
Taman seindah fantasi...
Ya...
Ada satu bangku yang cantik sekali.
Aku cuba duduk dan bersandar.
Cuba melelapkan mata.
Tidak selesa!
Tiba-tiba menjadi segar.
Aku perlu terus berjalan.
Biar penat berlari.
Biarpun jatuh lagi.
Aku harus bangun.
Terus berjalan.
Terus berlari.
Cepat atau lambat.
Aku hanya ingin sampai...
Sampai ke situ!
Untuk bertemu dan bersatu
Dengan sang cinta dan cita
Aku teruskan langkah.
Tidak mahu menoleh lagi.
Kerana aku sudah sedar.
Ada taman yang lebih indah di sana!
No comments:
Post a Comment