Thursday, July 8, 2010

SEMPURNA

Sempurna yang bagaimana boleh dikatakan sempurna ya?

Kita manusia yang tidak akan pernah sempurna tetapi seringkali inginkan kesempurnaan dalam segala aspek dalam hidup kita. Ingin keluarga sempurna. Kerjaya sempurna. Kehidupan sempurna. Semuanya mahu perfect!


Masa kecil, kalau kehidupan kawan nampak lebih sedikit dari kita, mulalah berasa hidup kita kurang sempurna. Bila sudah menginjak remaja dan masuk kolej /universiti, tak payah lah dihuraikan dengan lebih panjang lebarnya. Kesempurnaan adalah lebih besar untuk belajar lebih 'fokus'. Tak cukup itu ini nanti kurang pula motivasi belajar. Iyakah? Fikir-fikirkan lah kita ya.


Lebih sedih bila dah bekerja pula. Sebab masa kita kecil kita selalu rasa hidup sendiri kurang sempurna berbanding orang lain. Selalu rasa hidup tidak bertuah berbanding orang lain. Bila dah berjaya dan menjadi manusia bernilai 'A' dalam pencapaian, kita sogok pula anak dan keluarga kita tentang ideologi 'sempurna' ini. Nak ke sekolah kena ada persediaan baru. Nak raya kena ada baju raya, songkok raya, kasut raya,tali pinggang raya barulah sempurna raya kita. Baju kena sedondon baru raya. Kena ada angpau baru raya. Jadi, anak cucu kita pun membesar dengan ideologi 'sempurna' yang macam itu. Hurm.


Itulah kita manusia. Diri tak sempurna tak mahu dibetulkan, tak mahu cuba disempurnakan. Tapi kehidupan perlu sempurna! Aduhai...

Bersyukur saya suami dan sahabat-sahabat saya selalu 'mengetuk' saya bila saya bodohkan diri mempercayai ideologi 'sempurna' yang macam itu. Terutama suami saya. Terima kasih, suami. Kerana selalu di 'ketuk', saya semakin faham erti kesempurnaan dalam hidup saya. Saya semakin menghargai ketidaksempurnaan yang ada dalam hidup saya kerana perkara-perkara itulah yang membuatkan hidup saya sempurna!

Ironi sekali jika dalam mengejar kesempurnaan kita mengorbankan banyak perkara yang kita rasa tidak sempurna kan? Habis, kalau dah 'sempurna' sangat hidup tu, apa lagi yang nak dibuat? Termenung? Tengok aja? Iyalah. Nak dibetul begakan pun tak perlu, sempurna sangat. Hadap ajelah. Bosan kan?

Terus, rasa tak sempurna lagi? Hurm. Sakit hakikat ini, tapi inilah yang terjadi hari ini. 'Sempurna' ini jugalah yang buat manusia nilai 'A' atas kertas tidak bernilai 'A' dalam kehidupan. Pincang! Tahu nganga saja. Kalau disuruh usaha dikatakan kehidupan ini susah. Mati takut, hidup segan pula berusaha. Takut susah. Segan susah. Buat persiapan macam kalau dah susah tu pengakhir kehidupan.

Jangan selalu salahkan orang atas kegagalan sendiri. Jangan selalu mengeluh bila banyak kekurangan diri. Syukurlah selagi kita mampu bersyukur.

'Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.'
Zul Ramli M Razali ~ U-Turn Ke Jalan Lurus

Akan selalu saya katakan, ingatan dan kesedaran ini lebih untuk diri sendiri dan suka dikongsi dengan sahabat semua. Wassalam.

Jumpa lagi, semoga di entry yang lebih ceria. Sekarang cuaca mendung sedikit :)

1 comment: