Monday, August 2, 2010

Senyum

Pagi hari ini, saya ke Fakulti di Jalan Othman, Petaling Jaya. Untuk balik ke Shah Alam, saya decide untuk naik komuter. Wah! Dah ada Ladies Coach. Walaupun dah tahu berkenaan ini, tapi sebab dah agak lama juga tak naik komuter. Tadi naik, mula-mula tak perasan saya berada dalam koc wanita.


I felt strangely comfortable.


Pusing - pusing kiri kanan depan belakang, barulah sedar saya berada di dalam 'Koc Wanita'. Patutlah rasa selesa. HIHI! Seronok dapat tengok ramai orang hari ini. Orang - orang pun dapat tengok saya. HAHA! Selalu sangat berselesa naik kereta. Kan saya kata, suka naik public transport seorang diri. Memang layan. Macam release tension. Sebab tak perlu bercakap-cakap. Boleh buat muka blur. Boleh berfikir-fikir (berangan lah tu!) dan boleh tengok banyak kerenah, banyak ragam.


Cakap pasal ragam dan kerenah, dalam komuter tadi saya pelawa seorang makcik untuk duduk.
Makcik manis. Sayalah yang bagi nama dia macam itu.


Makcik manis tersenyum lebar (dengan lipstick merah sekali - jelita!) sambil mengucapkan terima kasih pada saya. Saya mengangguk dan membalas senyuman. Cuba buat senyuman manis juga macam makcik tadi. Dia pun balas senyuman saya.


Kami saling berbalas senyuman. Senyuman kan sedekah. Sampai penatlah saya tersenyum - senyum sebab Makcik Manis tadi tak berhenti-henti tengok saya dan tersenyum. Kalau saya paling muka ke tempat lain, macam kurang adab atau sombong pula. Jadi, saya pun senyum saja sampailah makcik tadi sampai ke destinasi dan sempat memberi salam kepada saya.

'Waalaikumussalam' saya jawab.

Comel lah makcik manis tadi. Patutlah manis, suka senyum. Mari kita contohi makcik tadi, tak lokek senyuman. Jangan jalan mendongak saja!

Wassalam ;)

4 comments:

  1. tapi masih ada jugak lelaki lelaki yang tak reti bahasa masuk koc perempuan. buat bodohhh jeee depa. geram btul!

    ReplyDelete
  2. betul. tadi ada juga sorang buat muka bodoh saja.

    ReplyDelete
  3. ntah2 dia memang 'perempuan' hehe..~berbaik sangkalah kita sesama manusia.. hehe

    ReplyDelete
  4. mungkin juga,,jiwa dia 'perempuan' luaran bukan. hish! hehehe

    ReplyDelete