TAKUT!!!
Sangat takut bila mata pisau yang tajam sudah dileher tetapi masih
belum terbit rasa takut! Sangat menakutkan!
Bumi ini bulat, kenapa perlu ada satu sudut untuk melihat? Bagaimana kalau kita bermula dengan sudut yang kurang tepat? Marilah belajar melihat dari sudut yang berbeza-beza.
SUSAHNYA!
“Mama, Adam nak tanya sikit boleh?”
Adam Iman bertanya semasa saya nak menidurkan dia. Serius pula bunyi si kecil ni. Dia memang anak yang keletah dan selalu ingin tahu. Itulah kanak-kanak. Perasaan ingin tahu memang tinggi.
“Boleh,sayang. Apa dia?”
“Kalau kita selau
Aku terkedu. Serius soalan kali ini! Apalah yang bermain di fikirannya sekarang.
Berhati-hati saya menjawab.
“InsyaAllah, Allah Maha Adil. Kalau kita selalu berusaha dan berdoa, Allah akan bantu kita. Kenapa sayang?”
Dia diam. Berfikir mungkin. Berkerut sekali muka comel itu. Berdebar mama nak dengar jawapan dia.
“Hm, tak adalah.
Dia berhenti sambil memandang muka saya tanpa berkelip. Aku tersenyum dan minta si comel ini terus luahkan apa yang bermain difikirannya.
“Adam selalu cuba tak nak naughty, tapi…tak boleh. Adam selalu
Riak kecewa jelas sekali di raut si kecil saya itu. Sebak pula rasanya. Terbit rasa kesal dan insaf kerana mungkin saya menegurnya secara keterlaluan.
“Adam nak main je. Adam tak nak jadi naughty. Adam
Aduhai…Adam Iman ni kalau bercakap memanglah sangat tak macam kanak-kanak. (
Terdiam juga saya. Tiba-tiba terkenang saya marah dia bermain (bising) bila saya sedang menonton. Dia diam
Apa yang nak dijawab ni?
“Hurm, Adam jangan susah hati…Sebenarnya Adam tak sedar, Allah tolong Adam. Anak mama dah tak naughty tau sekarang. Bila mama tegur, Adam dengar kata. Tengok macam sekarang ni, mama suruh tidur awal, Adam tak melawan pun.
Itu bukan ayat tipu tau. Itu ayat memberi motivasi agar lebih terdorong menjadi anak yang baik tanpa putus asa! Adam Iman memandang saya tanpa berkelip. Kali ini tidak lagi berkerut. Tidak pula ada riak gembira macam dapat coklat. Tiba-tiba dia bingkas bangun dari baring.
“Betul ke Allah tolong Adam sebenarnya mama? Kalau kita usaha betul-betul memang Allah tolong ke mama?
Saya hanya tersenyum dan mengangguk kepala. Tak mampu berkata-kata dah! Bimbang tersilap kata.
“Kita tak boleh putus asa ye mama? Kena selalu cuba lagi, cuba lagi,
“Betul, jangan putus asa tahu. NEVER!”
Saya membalas sambil mencubit pipi dia yang tak berapa nak berisi itu. Dia ketawa suka lalu membalas.
“Okay. NEVER! Kena
Aku ketawa lega. Phew!
“Mama…”
Apa lagi kali ini. Janganlah soalan yang complicated lagi…HUHU!
“Ya, sayang.”
“Peluk Adam boleh?”
ADAM IMAN! Adam…Adam…Begitulah kerenah dia. Macam-macam!
Saya peluk dia lebih erat malam itu.
“Assalamualaikum,Mama.” Rutin dia selepas baca doa tidur.
“Waalaikummussalam, sayang.”
Saya sedar sekarang, bukan menjadi ibubapa saja yang susah. Menjadi anak juga susah jika banyak expectations dari ibubapa. Itulah lumrah manusia. Selalu terlepas pandang perkara remeh. Selalu expect yang terlebih-lebih. Okay, saya berazam untuk tak mahu make minor things major. ^__^
“We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly” Sam Keen
Terima kasih Adam Iman!
ADAM IMAN NERVOUS
Tahun ini Adam Iman mula bersekolah. Kami sepakat mendaftar Adam ke
Little Caliph TTDI Jaya. Selalu saja saya tersenyum sendiri bila terkenangkan hari pertama hero kecil saya itu.
"Mama, hati Adam risau (nervous) lah. Kalau nak pegi school memang hati risau macam ini ke?"
Alahai,comel sungguh. Nervous rupanya dia. Saya cuba menjawab secara berhati-hati agar dia berasa okay. (HAHA! berasa okay?) Well, tidak normal lah kalau tidak berasa nervous bila kali pertama kan? Nervous ke sekolah. Nervous nak present di hadapan orang ramai. Alah, nak pergi interview pun kita nervous. Nak kahwin? Siapa nervous? Apa? Suka!!? HAHA!!! Okay. Jadi, saya pun menjawab dengan penuh rasa rendah hati. Ehem! Mula-mula betulkan penggunaan bahasa yang kurang tepat itu. Risau = Nervous (Cute!)
“Hm…itu ‘nervous’ sayang, bukan risau.”
Saya cuba menahan senyum. Dia sedang ‘risau’ tu, mana boleh senyum. Kurang sesuai untuk senyum. Apatah lagi ketawa!
“Oh,okay. Hati Adam nervous lah mama.”
Dia membetulkan ayatnya. Saya tidak suruh pun. Dia buat correction sendiri.
Ehem! Sang mama cuba berlagak cool dan memberi contoh yang terbaik.
"Well, it's okay to feel nervous sayang. Mama pun nervous juga masa mula-mula pegi school."
Kan dah kata, contoh terbaik. Mama dia pun ‘risau’ masa mula-mula sekolah. Contoh terbaik : Mengaku dengan rasa rendah hati. Bukan rendah diri. Tak perlu rasa rendah diri kalau ‘risau’ untuk kali pertama. Itu normal.
“ So, bukan Adam je yang nervous? Sekarang mama ada rasa nervous jugak? Mama nervous nak jumpa lecturer mama ye? Lecturer mama garang ke?
Ha! Kan dia dah tak berapa nak ‘risau’ dah.Sibuk risaukan mama dia pulak *-*
“ Of course. Sekarang pun mama nervous kalau nak pegi school. Lecturer mama garang kalau mama naughty. So, Adam pun jangan naughty kat school tau. Nanti teacher Adam garang lah. Behave yourself okay.”
Mama dia cuba menyelitkan unsur-unsur nasihat agar anak tidak nakal dan menjaga kelakuan di sekolah.
“Okay. Adam promise tak naughty kat school. Mama naughty tak kat school mama?”
ERK!
“ Tak. Mama good girl tau kat school”
^___^ Nasihat untuk Mama!