Bumi ini bulat, kenapa perlu ada satu sudut untuk melihat?
Bagaimana kalau kita bermula dengan sudut yang kurang tepat?
Marilah belajar melihat dari sudut yang berbeza-beza.
Thursday, May 20, 2010
Edisi Surat Adam!
Hurm.Sudah lama rasanya saya tidak BLOGGING nie. Bila dah lama terhenti, memang susah nak jemput mood masuk balik. Hari ini saya baca ‘surat’ daripada Adam Iman sebaik saja sampai showroom. Adam Iman ni memang hari-hari akan melukissurat untuk saya. HEHE. BAHAGIA. Bagus perasaan ini. Seperti sentiasa ada peminat! Alhamdulillah. Semoga Adam Iman teruskan minat dan kerajinan melukis atau menulis surat untuk mama sehingga anak mama besar nanti tahu? Tak perlu berjauhan untuk keep in touch dengan yang tersayang. Sampai saja di pintu rumah, pasti saya akan disambut Adam Iman.
“Mama, Adam ada surat untuk mama. Nah!”
Memang begitulah lazimnya. Seronok Mama,hari-hari dapat surat ! Kejadian ini mengingatkan saya sewaktu saya hamilkan Adam Iman. Pada waktu itu, Encik Suami sedang sambung belajar dan bekerja di Perak.(masih lagi di sana)Saya pula bekerja di sini. Dek kerana jadual yang bersimpang siur antara kami, amatlah SEDIKIT waktu untuk kami betul-betul berpasangan secara normal(HEH!) Atas alasan yang tak berapa munasabah pula, saya tidak mempunyai mobile phone waktu itu.
Perkara ini memang menduga kesabaran kami di awal-awal perkahwinan.Alhamdulillah, kami dapat melaluinya. Semoga kami terus sepakat dalam mengharungi kehidupan di hadapan kami.InsyaAllah. Okay, sebenarnya, pada waktu yang menduga itu, perasaan ibu mengandung sangatlah sensitive dan terlebih emosi. Jadi Encik Suami selalu menulis surat sebelum dia pulang ke Perak dan apabila saya pulang dari kerja (dalam keadaan sedih dan geram sebab selalu kena melayan perasaan seorang diri) saya pasti akan gembira tak terkata dengan surat ringkas dari suami. Dan saya akan membalasnya dengan girang. HAHA! Terima kasih Encik Suami yang tak jemu-jemu melayan kerenah saya. Jadi, mungkinkah Adam Iman mendapat ilham menulis surat untuk saya setiap hari sedari dia berada di dalam perut saya? Kih.Kih.Kih. Anyway, So sweet of him! Anyway, ini lah surat dari si dia. Haha!
Surat yang menceritakan mama bawa motor laju sangat sampai Adam kejar naik kereta sport pun tak boleh! Bertuah sungguh anakku ini. Mama naik motor? HAHA! Hurm, agak penuh juga lukisan ini. Siap ada pokok-pokok. dia explain, mama bawa motor laju sebab kena kejar dengan Power Rangers :P
mana power rangersnya ni adam?
ReplyDeleteada.cuba tengok betul2 kat belakang motor mama tu..helmet hitam..di sembur asap motor :P
ReplyDeletehahaha.. mama bawa motor!!i am happy for you along.. hope he will be anak yg soleh dan sentiasa menyenangkn mama dia...
ReplyDeletetq dear.insyaAllah.
ReplyDelete