Lepas lunch hour tadi, saya ambil cab ke Seksyen 7 untuk selesaikan sedikit urusan. Saya naik cab seorang pakcik yang lebih kurang sebaya ayah saya. Jadi, kata ganti nama, pakcik. Tak kisah kalau orang nak kata pelik atau kelakar atau apa saja.
Saya adakalanya seronok naik teksi. Lebih lagi kalau seorang diri. Tak tahu kenapa, rasa lapang. Boleh biarkan fikiran menerawang. Kadangkala ter-menyanyi pula lagu yang sedang bersiaran. HEH! Ini bukan rekaan. Memang.
Pakcik cab ini drive asyik teragak-agak saja. Saya sebenarnya memang mahu cepat ni, tapi nak buat macamana. Tak akan pula nak suruh dia pecut!?Lagi satu, bila saya nak cepat, mestilah pemandu kereta (pakcik cab atau suami saya atau sesiapasaja - setakat ini.) akan salah masuk simpang. Dalam erti kata lain. Salah jalan. Kena berpatah balik. Hadoi! Memang suka bab menduga -duga ni kan. Sebab ini pakcik cab - bukan suami saya, tak boleh lah nak buat reaksi apa-apa. Sengih sajalah ya.
Nak menghiburkan hati, saya tumpukan pendengaran pada lagu yang sedang bersiaran. Lagu apa tahu?
Lagu dari kumpulan Fotograf - Di Alam Fana Cintamu.
Rindu saya.
Bukan rindu lagu ini atau si penyanyi dia. Tapi rindu nenek saya yang saya bahasakan Atok Mak. Sebab apa? HEHE! Sebab, masa lagu ni tengah top dulu, atok mak saya suka dengar lagu ni. Tunggu depan TV, tengok Muzik-muzik sebab nak dengar lagu ni. COMEL :D
Siap ingat tu, penyanyi dia pakai T-Shirt ada gambar pin besar besar. Rindu sangat dengan atok mak yang memang memanjakan saya terlebih-lebih. Sekarang, dia dah semakin uzur. Tapi, sampai sekarang kalau balik Batu Pahat, saya masih mahu tidur dengan dia juga. Saya harap dia tahu yang walaupun saya dah besar panjang-dewasa, saya masih cucu kecil dia.
Dulu masa saya masih bersekolah, dia teman saya berborak. macam-macamlah kami borak. Tapi sekarang? saya lebih suka dengar dia yang bercerita. Sebab dia dah jarang nak bercerita. Walaupun cerita tu dah 80kali saya dengar, saya masih suka saja nak dengar. Suka melayan dia. Betapa masa cepat berlalu kan. Berjela-jela kalau nak dilayankan perasaan saya sekarang ini. Tak apalah. Biar saya simpan sedikit untuk perbualan saya dan diri saya saja.
Semoga nenek kesayangan saya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah S.W.T. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, Amin.
Memang suka macam ini, dari pakcik cab ke atok mak! Sampai jumpa lagi ya,semua. Wasalam.

No comments:
Post a Comment