Friday, June 25, 2010

Kalau Bumi Ini Empat Segi ;)

sources : Google Image


Adam Iman ni kadang-kadang cakapnya memang entah apa-apa. Ada suatu hari, dalam kereta dia bertanya pada saya.


'Mama, kalau bumi kita empat segi macam mana? Apa jadi?' macam sungguh-sungguh dia bertanya.


'Hurm, entahlah. Mama tak dapat bayangkan lah sayang.' saya membalas dengan kurang perhatian. Waktu itu agak kurang tenaga untuk berfikir.


'Mama tak tau? Adam rasa, kalau bumi kita ni empat segi, bila kereta kita jalan dekat bucu mesti tayar kereta kita pancit kan?' yakin sekali dia membuat kesimpulan ~!


T____T


Terasa macam dia kenakan saya pun ada. Ke, memang dia fikir secara logik begitu? Adui!

'buat sahabat'





sources : Google Image

Bila bersemangat nak menulis blog, kerja pula bertimpa-timpa. Tapi saya mesti masukkan entry ini. Entry ini khas buat sahabat saya yang saya sudah anggap seperti adik sendiri. Tempoh perkenalan dan persahabatan kami tidaklah begitu panjang. Tapi nak kata baru sangat pun tidak juga. Kami bersahabat sudah lebih kurang empat tahun. Jika dia membaca entry ini, pastinya dia faham kenapa saya tulis entry ini pada tarikh bulan ini ;)

Dia bukanlah satu-satunya sahabat saya. Tetapi, dia antara sahabat yang paling saya ambil kira dalam hidup saya. (wah! confession nih.) Pada mulanya, saya rasa kami ada banyak persamaan yang senang untuk dikongsikan bersama. Tetapi, setelah semakin lama berkawan, tanpa disedari kami agak berbeza dari pelbagai segi juga. Surprisingly, we always compliment each other.


Kami pernah bekerja di bawah satu bumbung. We started our friendship with an awkward 'Hi'. HEHE. It was at one of the restaurant in Damansara Perdana. Real Awkward okay! But that was really brief introduction. Kami dikenalkan oleh seorang lagi sahabat 'manja' kami ;)


sources : Google Image

Okay, for all this time, after we have worked together, share some moment together, we furthered our study together and beyond my imagination
( actually, saya tak pernah expect apa-apa) , we've come to a kind of friendship that we can share our dreams. That's the most beautiful value in our friendship.


Kami berkongsi banyak moment bersama-sama. In good times or bad times. We even made a plan and strategy for our life for the next ten years!. (do you remember? what happened to that plan sis?) Bunyinya macam kelakar kan? Tapi, itulah kami. Kami boleh berdiscuss berdua dari malam hingga ke pagi. Sampai malaslah kawan-kawan lain nak layan kami ni. Dari sekecil-kecil isu sehingga ke perkara yang kadang-kadang kami sendiri tak jangka. Persahabatan kami tanpa syarat. Ikhlas. InsyaAllah, minta-minta berterusan.


Sekarang kami berdua semakin sibuk merencana masa depan masing-masing. Kami sudah semakin jarang berjumpa or having our good time together. Tapi, kami masih berhubung. Melalui alam maya. Hurm, impactnya sangat tidak sama dan kurang memberangsangkan. :(


Sahabat saya ni suka ber'SMS' dari berbual di talian telefon tapi saya memang lah malas kalau bab-bab picit-picit 'SMS' ni. Lenguh rasanya. Jadi, telefon bukanlah medium perantaraan utama kami.


Facebook?
Bolehlah membantu sedikit. Setakat nak bagi salam dan bertanya khabar. Chat on FB kurang sesuai kerana waktu online kami jarang sekali menepati waktu masing-masing. Sangat tidak seiring. Jadi, kami telah membuat satu kesimpulan untuk menulis email panjang untuk berhubung dengan lebih detail. Dulu masa tinggal serumah, kami sering berbalas-balas surat untuk menceritakan apa yang kurang mampu diluahkan bila berhadapan. Macam lover. HEH!


Baru-baru ini sahabat saya telah dilanda satu realiti yang menyakitkan hatinya. Bukan masalah tetapi realiti. Saya tak mampu berada disisi untuk menenangkan hatinya. Saya tak mampu mencari perkataan yang mampu memujuk sahabat saya ini. Jadi, untuk kamu itu, mungkin you've already read this because I got this from one of your favourite magazine. But, I still want you to read this in my blog. Boleh?


Usah Risau...

'Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabarannya. Jangan putus asa.' Solusi Isu#2


'...mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.DIA menguji anda sedikit masa lagi.' Solusi Isu#2


Saya doakan sahabat saya ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan perjalanan kehidupannya dari segala aspek. Amin.

Selamat Hari Lahir, Sis ;)


Thursday, June 24, 2010

Cita-cita


Saya ini memang suka bercita-cita lebih dari tiga. Bercita-cita nak jadi itu, nak jadi ini. Bercita-cita nak buat itu, nak buat ini. Ambitious lebih! Tapi, saya tidak mahu malu malah saya sanggup untuk bersusah untuk cita-cita saya. InsyaAllah.Semoga Allah sentiasa kuatkan iman dan semangat saya. Biarlah orang nak kata itu dan ini, saya hanya ambil perkara yang membina sahaja kerana setidak-tidaknya, itu dapat menambahkan bekalan semangat saya. Bekalan perlu juga cukup kerana selagi saya masih bernafas, selagi itu cita-cita saya akan bercambah. Jadi saya tidak dapat menjangka bila perjalanan saya akan berakhir. Selagi itu juga saya akan terus berjalan menggalas cita-cita dan mengutip juga apa sahaja bekalan untuk semangat dan panduan saya. Saya ingin menjadi manusia yang bukan hanya bercita-cita tetapi berani merealisasikan cita-cita walaupun tahu hakikat kesukarannya!


Menulis juga adalah salah satu dari cita-cita saya. Tetapi saya sering tertewas dengan kebuntuan yang seterusnya melarat kepada kepudaran semangat. Sangat menyedihkan saya ini. Tewas mudah!


Namun, dikala saya ketandusan semangat untuk menulis blog, saya masih lagi bersantai dengan pembacaan saya dan saya terbaca petikan ini. Sangat inspirasi. Kita kongsi okay?



Berani bercita-cita besar


"secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi, jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air...masinnya tidak akan terasa langsung."SOLUSI Isu #2 - Pg 3



Inilah perumpamaan masalah dan cita-cita. Manalah ada jalan yang begitu mudah kan? Setiap yang ingin dimiliki ada harganya. Jadi, ada cita-cita, adalah masalahnya. Petikan ini memberi formula untuk kita tidak putus harapan terhadap cita-cita kita hanya kerana masalah datang dipertengahan jalan.


Garam = Masalah

Air = Cita-cita



Dapat tak maksud petikan ini. Inspirasi bukan?


"Ya, cita-cita besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu, jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil." SOLUSI Isu #2 - Pg 3


Selepas saya baca ini, saya jadi malu dengan diri sendiri yang selalu tertewas dengan dugaan dan halangan. InsyaAllah, saya akan terus berusaha walau jatuh beribu kali pun kerana saya paling takut jika saya berakhir sebagai manusia yang langsung tidak punya cita-cita dan keazaman.

InsyaAllah, semoga kita mencapai apa yang kita impikan, Amin.

it's been a while

Berkurun juga rasanya saya tak update blog yang dah naik bersawang nih. Bermula dengan alasan nak tumpukan perhatian pada study and assignments, sehinggalah nak melangkah ke semester baru sudah! Maafkan saya (kepada yang sesiapa sudi menjenguk blog bersawang inilah ye ;)

Banyak perkara yang ingin saya kongsikan tapi, semuanya hanya berlegar di fikiran. Saya gagal menyalurkannya dengan baik ke jari-jari saya nih.ALASAN! Baiklah.Maafkan saya.

Oleh kerana saya belum bersedia berkongsikan apa yang telah saya corat-coretkan sebelum ini (saya memang begini ~_~ selalu sangat rasa kurang bersedia ), izinkan saya berkongsi apa yang telah saya 'kutip' di sepanjang ketidakhadiran saya selama ini.Eceh! Cuma ingin berkongsi. Sharing is Caring kan...Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang baik ;)