Thursday, June 24, 2010

Cita-cita


Saya ini memang suka bercita-cita lebih dari tiga. Bercita-cita nak jadi itu, nak jadi ini. Bercita-cita nak buat itu, nak buat ini. Ambitious lebih! Tapi, saya tidak mahu malu malah saya sanggup untuk bersusah untuk cita-cita saya. InsyaAllah.Semoga Allah sentiasa kuatkan iman dan semangat saya. Biarlah orang nak kata itu dan ini, saya hanya ambil perkara yang membina sahaja kerana setidak-tidaknya, itu dapat menambahkan bekalan semangat saya. Bekalan perlu juga cukup kerana selagi saya masih bernafas, selagi itu cita-cita saya akan bercambah. Jadi saya tidak dapat menjangka bila perjalanan saya akan berakhir. Selagi itu juga saya akan terus berjalan menggalas cita-cita dan mengutip juga apa sahaja bekalan untuk semangat dan panduan saya. Saya ingin menjadi manusia yang bukan hanya bercita-cita tetapi berani merealisasikan cita-cita walaupun tahu hakikat kesukarannya!


Menulis juga adalah salah satu dari cita-cita saya. Tetapi saya sering tertewas dengan kebuntuan yang seterusnya melarat kepada kepudaran semangat. Sangat menyedihkan saya ini. Tewas mudah!


Namun, dikala saya ketandusan semangat untuk menulis blog, saya masih lagi bersantai dengan pembacaan saya dan saya terbaca petikan ini. Sangat inspirasi. Kita kongsi okay?



Berani bercita-cita besar


"secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi, jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air...masinnya tidak akan terasa langsung."SOLUSI Isu #2 - Pg 3



Inilah perumpamaan masalah dan cita-cita. Manalah ada jalan yang begitu mudah kan? Setiap yang ingin dimiliki ada harganya. Jadi, ada cita-cita, adalah masalahnya. Petikan ini memberi formula untuk kita tidak putus harapan terhadap cita-cita kita hanya kerana masalah datang dipertengahan jalan.


Garam = Masalah

Air = Cita-cita



Dapat tak maksud petikan ini. Inspirasi bukan?


"Ya, cita-cita besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu, jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil." SOLUSI Isu #2 - Pg 3


Selepas saya baca ini, saya jadi malu dengan diri sendiri yang selalu tertewas dengan dugaan dan halangan. InsyaAllah, saya akan terus berusaha walau jatuh beribu kali pun kerana saya paling takut jika saya berakhir sebagai manusia yang langsung tidak punya cita-cita dan keazaman.

InsyaAllah, semoga kita mencapai apa yang kita impikan, Amin.

1 comment:

  1. Amin... You are the strongest and patient person I ever know after my mother.. hehe.. stay the way you are.. You'll be great!

    ReplyDelete