Saturday, November 27, 2010

'Lagu Semangat'

Aku sedar, bukan mudah
Untuk mengejar, mimpi indah
Pernah, suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah kumiliki

Sudah jauh, kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa,
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa,
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya
Berhenti separuh jalan

Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita HAMPIR KE SITU

by - Mendua

Wednesday, November 24, 2010

'Ariffin'

Sekarang ini, bila malam hari, selalunya saya melayan Adam Iman.

Melukis.

Membaca.

Melukis lagi.

Membebel.

Menangis bila saya usik atau tegur. (Ya, Adam Iman si Cengeng!)

Minta cium untuk dipujuk.

Membebel sambil melukis lagi.

Cium adik ;)

Marah adik! ( Boleh bayangkan?)
Dia menjerit depan perut saya marah adik dia.*Jealous! Tak senonoh :D


Satu malam, saya ambil buku bagi penghormatan untuk Adam Iman pilih nama adik dia. Jantina belum tahu, tapi saya suruh dia standby list of names for girl and boy. Biar dia rasa dia pun orang penting ;) Belek punya belek, akhirnya dia bagi dua nama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Nama untuk girl saya terpaksa rahsiakan sebab saya macam suka nama itu. HEHE! Tapi, nama untuk baby boy, of all names, a five years old kid has chosen 'Ariffin' kalau adik dia lelaki.


Sajalah saya tanya, "Kenapa Ariffin? Nama lainlah." usik saya.


"Tak nak! Ariffin juga. Nama lain maksud dia tak sama." bentak dia.


Saya pun semaklah maksud Ariffin = Yang Bijak.


"Kenapa pilih maksud yang bijak untuk adik?" uji saya.


"Biarlah adik Adam nanti bijak dari Adam. Senang sikit. Bila Adam tak tau apa - apa, tanya adik aje. Tak payah susah - susah tanya orang lain." tersenyum sajalah saya dengan jawapan dia ;)

Kurang

Phew!
Lama betul tak mengarang - ngarang ni. Lama sungguh!Bermula dari alasan kegagalan mengatur masa dek kerana tugasan belajar sehingggalah alasan bertukar alasan.

Sepanjang kehamilan yang kali ini, saya banyak mengalamai keKURANGan. Serba-serba kurang berjaya dikawal. Kurang apa? Bukanlah apa-apa. Kurang yang remeh temeh, mungkin. Tetapi saya concern tentang kekurangan yang ada. Bukanlah sebelum ini hebat sangat. Tetapi, kalau yang sebelum ini pun tidak cukup sempurna, masih perlu diperbaiki. Ini, kurang pula!

Kurang Darah -
Yang ini tidak begitu remeh temeh. Kesannya, banyak kerja saya yang terbantut! Paling risau, kesan pada baby. Jadi, saya tanpa mengalah terus saja berusaha supaya next check - up kadar darah kembali normal. InsyaAllah.

Kurang Sabar -
Emak dan adik-adik saya komen : Antara symptom nak tahu saya 'berisi' yang paling ketara adalah saya memang KURANG SABAR. Atau, dalam erti kata lainnya CEPAT NAIK ANGIN T____T.
Adam Iman komen : Mama sekarang GARANG!
Setelah mendapat komen-komen yang sukar ditepis, saya dalam diam bersetuju! Kehamilan kali ini, bertambah mudah marah saya ni. Maknanya, ini bukanlah satu kebanggaan ya, Mama. *Beristighfar*

Kurang Nafas -
Biasalah tu, ibu hamil. Mengah. Tapi kali ini BETUL punya mengah! Mungkin sebab usia dah meningkat (Not that I'm old! - sajalah, bagi sedar diri-usia meningkat, bukan tua) HUHU!

Kurang Gesaan -
Yang inilah yang BAHAYA! Saya kurang gesaan untuk berbuat apa-apa terutama perkara yang saya suka buat. Seperti?

Membaca. Menulis. Melukis.

Selalunya perkara -perkara ini yang buat saya relax dan happy. Betul-betul rindu buku - buku yang terbiar itu. Tiada gesaan nak mencapai, apatah lagi nak membaca :(

Jadi, jangan tanya pasal my 'literature review' untuk thesis. Sudah lama tersadai. Baru bulan ini memaksa diri! Awal-awal dulu, baca setengah page dah berlari ke bilik air!

Dugaan betul!

Sekarang, Alhamdulillah, sudah boleh bergagah sedikit. Mari buka buku semula, Mama!Mari berGIGIH!


Aik, EMPAT sahaja keKURANGan saya?

Oh, tidak. Siapa kata EMPAT itu sedikit? Sudah lebih dari SATU ya. Banyaklah tu.

Sebenarnya, kesan-kesan keKURANGan itu yang buat saya rasa banyak kekurangan. Serba serbi tak kena saja. Ke Kiri Salah.Ke Kanan Salah.Buat apa semuanya tak menjadi.


TAPI, jauh sekali saya ingin menyalahkan baby saya. ini juga bukan rungutan. Sayalah yang gagal melawan. Jadi, sekarang, saya akan cuba 'bangun' perlahan-lahan semula. Bangun berDUA!

Come on baby, we have to be strong. there's still a long way waiting for us! It's Mama's BAD for not being strong enough for us. Now, can you help me sweetheart? Let's go! *sambil nyanyi lagu semangat Abang Adam!

Monday, August 30, 2010

Adam Tak Mampu

Dua hari lepas, suami saya ada di sini, berpuasa, berbuka bersamalah kami. Suka. HEHE.


Di awal-awal pagi, saya gerakkan suami untuk bersahur. Adam Iman yang baru kebah demam, saya biarkan saja berehat. Tapi, Adam Iman ni, bila tak berpuasa, bukan main celik lagi mata dia bangun bersahur. Tak payah berkejut, ayah belum bangun, dia dah cergas segar bugar.


'Mama, Adam mimpi lah malam tadi' tegur Adam sambil peluk ayah dia.


'Mimpi apa?' saya layankan saja.


'Adam mimpi Adam 'petir'(fire) ayah!' dia terus bingkas bangun menggayakan aksi 'petir' dia tu.


'Lepas tu Adam terbangun, Adam mimpi rupanya. Nasib baik ayah Adam ada lagi.' dia menyambung sambil memeluk ayah dia yang masih separuh sedar dari tidur tu. Sengih saja suami saya.


'Mama, Adam tak 'mampu'(patut) mimpi ayah macam tu kan? Tak baik Adam ni.' dia sambung lagi. Kali ini saya dan suami tergelak. Segar terus suami saya. 'Tak mampu', HAHA!


'Bukan tak mampu, tak patut' saya betulkan ayat dia.


'Ha. Tak patut betul Adam mimpi 'petir' ayah kan mama? dia betulkan ayat tanpa sedar dia buat lawak sahur. Lupa pula saya nak betulkan 'petir' dia tu kepada 'fire' !


Adam Iman, Adam Iman. Tengok lagi Ultraman banyak-banyak. Ayah juga yang jadi mangsa ;)


Apapun, alhamdulillah, Adam Iman mampu berpuasa penuh selama dua belas hari termasuk hari ini. Dia 'tuang' lapan hari sebab demam yang panjang minggu lepas. Kesian dia. Tak apa, ada lagi sepuluh hari, teruskan berpuasa ya, sayang. Yang ini Adam mesti mampu, insyaAllah.

Sunday, August 15, 2010

Bird

Semalam, saya jemput adik perempuan saya yang cute sekeluarga berbuka di rumah saya sebab saya dah rindu dengan anak-anak dia yang cute juga tu.


Nureesya dan Reezqy


Dua si kenit-kenit yang akan buat saya rasa nak cubit-cubit saja selalu. Si kakak Nureesya dah berusia 2 tahun lebih. Adik Reezqy baru saja sambut birthday yang ke satu tahun 4th August tempoh hari.


Sementara menunggu waktu berbuka, suami saya dukunglah Reezqy berjalan-jalan sekitar rumah.


"Bird mana? Bird..tunjuk bird mana.." suami saya bermain dengan Reezqy.


Reezqy pun menunjuk ke arah atas (burung kan terbang,,)


"Bird 'alam ampers'(dalam pampers) lah" si kakak Nureesya membetulkan jawapan adik dia.



(-_-') Adoi! Bird dalam pampers!

Friday, August 6, 2010

Semangat

"Semangat,semangat,
semangat,semangat,semangat.
Badan sihat
otak cerdas
saya ada semangat.
Kiri kanan
depan belakang depan
Kiri kanan
Depan belakang
Saya ada semangat! "


Saya tak begitu pasti dengan sesetengah bait lirik lagu ini, tapi lebih kurang begitulah bunyi dia. Ini lagu SEMANGAT yang Adam Iman ajar kami di rumah. Sebenarnya ada sekali ajaran tarian untuk ini. Tapi saya tak record pula. Nantilah. Mungkin Cik Ah dia ada merecordkan aksi-aksi tarian setempat tu.


"Mama, kalau mama rasa letih nak pergi school ke,, letih nak baca buku ke,, mama cubalah nyanyi lagu semangat ni. Teacher Adam ajar." kata Adam Iman sambil terus demo lagu tu depan kami semua - menghalang TV.


Memang la kena tonton dia menari sampai habis. Adam,,Adam Iman.


Terima kasih sebab ajar lagu semangat ya.


Erk.


Kenapa agaknya dia tiba-tiba ajar lagu semangat dekat saya ya?


Musykil.Saya musykil. +__+''

Monday, August 2, 2010

Senyum

Pagi hari ini, saya ke Fakulti di Jalan Othman, Petaling Jaya. Untuk balik ke Shah Alam, saya decide untuk naik komuter. Wah! Dah ada Ladies Coach. Walaupun dah tahu berkenaan ini, tapi sebab dah agak lama juga tak naik komuter. Tadi naik, mula-mula tak perasan saya berada dalam koc wanita.


I felt strangely comfortable.


Pusing - pusing kiri kanan depan belakang, barulah sedar saya berada di dalam 'Koc Wanita'. Patutlah rasa selesa. HIHI! Seronok dapat tengok ramai orang hari ini. Orang - orang pun dapat tengok saya. HAHA! Selalu sangat berselesa naik kereta. Kan saya kata, suka naik public transport seorang diri. Memang layan. Macam release tension. Sebab tak perlu bercakap-cakap. Boleh buat muka blur. Boleh berfikir-fikir (berangan lah tu!) dan boleh tengok banyak kerenah, banyak ragam.


Cakap pasal ragam dan kerenah, dalam komuter tadi saya pelawa seorang makcik untuk duduk.
Makcik manis. Sayalah yang bagi nama dia macam itu.


Makcik manis tersenyum lebar (dengan lipstick merah sekali - jelita!) sambil mengucapkan terima kasih pada saya. Saya mengangguk dan membalas senyuman. Cuba buat senyuman manis juga macam makcik tadi. Dia pun balas senyuman saya.


Kami saling berbalas senyuman. Senyuman kan sedekah. Sampai penatlah saya tersenyum - senyum sebab Makcik Manis tadi tak berhenti-henti tengok saya dan tersenyum. Kalau saya paling muka ke tempat lain, macam kurang adab atau sombong pula. Jadi, saya pun senyum saja sampailah makcik tadi sampai ke destinasi dan sempat memberi salam kepada saya.

'Waalaikumussalam' saya jawab.

Comel lah makcik manis tadi. Patutlah manis, suka senyum. Mari kita contohi makcik tadi, tak lokek senyuman. Jangan jalan mendongak saja!

Wassalam ;)