Dalam seminggu dua ini, banyak acara dan perkara yang berlaku disekeliling saya. Ada yang mengembirakan, ada yang menjengkelkan, ada yang meletihkan, ada yang mengecewakan, ada juga yang entah apa- apa entah. Itulah kehidupan. Kita hanya mampu merancang tapi hanya DIA yang boleh merealisasikannya.
Perasaan saya sekarang ini amat bercampur-baur. Perkara-perkara yang terjadi disekeliling buat saya banyak 'ter' ! Terkejut. Terkedu. 'Ter'geram. 'Ter'marah.Terlebih suka. Terlebih gembira.Terlupa diri.Terlupa.Ya,LUPA. Manusia ini kalau tak diingatkan, tak ditegur, memang cepat lupa diri. Termasuk diri saya. EH. Tak. Terutama diri saya ini.
Perkara-perkara inilah yang buat saya terpanggil untuk menulis dengan panjang lebar. Meluahkan apa yang terbuku di hati. Tapi, akhirnya, saya tulis dalam buku latihan 60sen. Bukan apa. Tulis dulu tanpa saringan. Tanpa sopan santun. Luahkan habis-habisan. Biar kegeraman dan kemarahan dihati yang membuku itu cair dan menyejuk.Seperti hari ini.
Alhamdulillah. Barulah saya olah semula hasil tulisan agar yang terkeluar di blog ini yang sedap di baca, enak di dengar dan boleh diterima. Bukan hipokrit. Saya cuba berfikir dan berkongsi pandangan dari sudut yang lebih positif, lebih matang dan tidak terburu. Walaupun hati saya ini memang terburu-buru!Saya tetap tak boleh ikutkan hati. Saya selalu cuba ini. Jangan ikutkan hati. Walaupun selalu juga gagal. Saya akan tetap dan akan terus didik diri untuk mengawal diri . Phew!
Jadi, dengan berdepan pelbagai kerenah yang tidak ada kena mengena sangat dengan diri saya tapi mengganggu saya. Ya. Saya emosi dalam perkara tertentu. Terutama tentang perkara yang pada saya memang tidak boleh masuk akal. Saya jadi lekas naik angin dengan perkara remeh tapi amat penting diberi kesedaran. Itu pandanagan saya. Sudut pandangan saya. Yang tak boleh masuk akal pada akal sayalah! Akal orang lain saya tak tahu.Oops! Maafkan saya. Terkasar bahasa. Tengok! Emosi.
Selepas tempoh bertenang, saya pun memujuk hati untuk melihat perkara yang menjengkelkan saya dari sudut pandangan yang akan menyejukkan hati saya. Saya berusaha memujuk hati walaupun walaupun akal saya kata perkara itu memang tidak boleh di terima! Si hati saya tetap pergi pujuk akal saya agar berlembut dan menerima perkara jengkel itu.
Belajar menerima.
Memang menjengkelkan juga kalau hati dan akal tidak selari. Saya tidak suka. Saya suka yang seimbang. Akhirnya, hati dan akal saya sepakat untuk bersetuju dengan satu pandangan yang menginsafkan. Kami setuju! Alhamdulillah. Akhirnya kami sepakat setelah lama bergelut secara diam :)
Saya tidak boleh berkongsi perkara jengkel secara terang-terangan. Nanti jengkel semua orang. Jadi saya hanya nak kongsi apa persetujuan hati dan akal saya terhadap perkara jengkel itu. Saya kongsikan sekali mutiara kata ya.
Hati dan Akal saya sepakat setuju untuk memandang begini :
*Alhamdulillah, bila saya marah, saya tahu perkara itu kurang tepat untuk dilakukan.
*Alhamdulillah, hati saya masih ada rasa tidak sampai hati. Masih!
*Saya cuba belajar melihat dan merasa dari sudut yang lain. Susah dan tidak mungkin tapi saya cuba bayangkan.
*Saya insaf dan sayang ibubapa saya. INSAF! Saya akan selalu mencuba menjadi anak yang baik untuk ibubapa saya.
*Saya belajar menjadi untuk ibubapa. Ibubapa dalam erti kata sebenar. Ya Allah. Sumpah, INSAF! Saya sayang dan hormat ibubapa saya.
* Saya disedarkan sekali lagi betapa tak terbanding dan tertanding kasih sayang ibubapa terhadap anak. Betapa! Saya perlu entry yang lain untuk kisah yang lain tentang ini.
*Saya belajar NILAI SEBENAR hubungan.
~Apa ukuran kasih sayang?
~Apa bukti hormat kita?
~Apa rasanya mengharap.
~Apa rasanya mendukung harapan.
Saya jadi sejuk hati dan kemarahan saya tewas bila saya fikir dari sudut lain. Betapa jauh lagi perjalanan saya dalam menjadi manusia dan mendukung watak-watak dibumi Allah ini. Setiap watak ada tanggungjawab dan harapan. Ada harapan perlu pengorbanan.
Sekarang watak saya sebagai anak, isteri, ibu dan pelajar. TAPI drama saya dimuka bumi ini masih panjang (insyaAllah). Bimbang saya dibutakan hati dalam menilai dan membuat keputusan. Bimbang saya menjadi 'hati kering'. Ya Allah, jauhkan!
Saya memujuk diri dengan membawa diri saya melihat diri saya yang dahulu yang tidak pernah terfikir dan faham tentang pandangan ibubapa saya. Harapan ibubapa saya.
Yang dunia saya hanyalah tentang SAYA.
Betapa bodohnya saya.
Imbasan itu yang buat saya insaf.
Kalau yang ini tidak ada kaitan dengan saya, saya geram dan marah begini, bagaimanalah perasaan ibubapa saya dikala saya berulangkali mengecewakan harapan mereka.
Mama, Ayah, I Love You so Much!
Saya seperti mahu menangis! Sangat! Sudah sebenarnya semasa menulis ini. Lagilah bila tak boleh berkongsi sepenuhnya! Saya akan terus memperbaiki diri dan cuba menjadi anak yang solehah untuk ibubapa saya.
Saya tidak mahu jadi anak yang hanya hadiahkan 'A' atas kertas sahaja.Menjadi manusia 'A' hanya pada kertas. Sungguh saya tidak mahu. Nilai 'A' yang itu bonus untuk ibubapa saya.
Saya hadiahkan 'A' atas kertas untuk ibubapa saya sebagai bonus. Anak yang bernilai 'A'? Saya tak mahu bergantung pada yang itu. Takut!
Menjadi anak yang soleh/solehah...anak yang bernilai 'A' sesungguhnya menuntut lebih jauh dari nilai 'A' atas kertas itu!
Akan saya sentiasa, sentiasa, sentiasa didik dan ingatkan diri saya..turunkan kepada anak cucu saya (jika dipanjangkan umur) agar sentiasa ingat kata-kata ini.
'Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi'
Zul Ramli M Razali ~ U-Turn Ke Jalan Lurus
Saya memberi ingatan ini untuk diri saya dan suka juga berkongsi dengan sahabat semua. Jumpa lagi ;)
Wassalam.