Bumi ini bulat, kenapa perlu ada satu sudut untuk melihat? Bagaimana kalau kita bermula dengan sudut yang kurang tepat? Marilah belajar melihat dari sudut yang berbeza-beza.
Friday, June 25, 2010
Kalau Bumi Ini Empat Segi ;)
Adam Iman ni kadang-kadang cakapnya memang entah apa-apa. Ada suatu hari, dalam kereta dia bertanya pada saya.
'Mama, kalau bumi kita empat segi macam mana? Apa jadi?' macam sungguh-sungguh dia bertanya.
'Hurm, entahlah. Mama tak dapat bayangkan lah sayang.' saya membalas dengan kurang perhatian. Waktu itu agak kurang tenaga untuk berfikir.
'Mama tak tau? Adam rasa, kalau bumi kita ni empat segi, bila kereta kita jalan dekat bucu mesti tayar kereta kita pancit kan?' yakin sekali dia membuat kesimpulan ~!
T____T
Terasa macam dia kenakan saya pun ada. Ke, memang dia fikir secara logik begitu? Adui!
'buat sahabat'
Dia bukanlah satu-satunya sahabat saya. Tetapi, dia antara sahabat yang paling saya ambil kira dalam hidup saya. (wah! confession nih.) Pada mulanya, saya rasa kami ada banyak persamaan yang senang untuk dikongsikan bersama. Tetapi, setelah semakin lama berkawan, tanpa disedari kami agak berbeza dari pelbagai segi juga. Surprisingly, we always compliment each other.
Kami pernah bekerja di bawah satu bumbung. We started our friendship with an awkward 'Hi'. HEHE. It was at one of the restaurant in Damansara Perdana. Real Awkward okay! But that was really brief introduction. Kami dikenalkan oleh seorang lagi sahabat 'manja' kami ;)
Okay, for all this time, after we have worked together, share some moment together, we furthered our study together and beyond my imagination ( actually, saya tak pernah expect apa-apa) , we've come to a kind of friendship that we can share our dreams. That's the most beautiful value in our friendship.
Kami berkongsi banyak moment bersama-sama. In good times or bad times. We even made a plan and strategy for our life for the next ten years!. (do you remember? what happened to that plan sis?) Bunyinya macam kelakar kan? Tapi, itulah kami. Kami boleh berdiscuss berdua dari malam hingga ke pagi. Sampai malaslah kawan-kawan lain nak layan kami ni. Dari sekecil-kecil isu sehingga ke perkara yang kadang-kadang kami sendiri tak jangka. Persahabatan kami tanpa syarat. Ikhlas. InsyaAllah, minta-minta berterusan.
Sekarang kami berdua semakin sibuk merencana masa depan masing-masing. Kami sudah semakin jarang berjumpa or having our good time together. Tapi, kami masih berhubung. Melalui alam maya. Hurm, impactnya sangat tidak sama dan kurang memberangsangkan. :(
Sahabat saya ni suka ber'SMS' dari berbual di talian telefon tapi saya memang lah malas kalau bab-bab picit-picit 'SMS' ni. Lenguh rasanya. Jadi, telefon bukanlah medium perantaraan utama kami.
Facebook? Bolehlah membantu sedikit. Setakat nak bagi salam dan bertanya khabar. Chat on FB kurang sesuai kerana waktu online kami jarang sekali menepati waktu masing-masing. Sangat tidak seiring. Jadi, kami telah membuat satu kesimpulan untuk menulis email panjang untuk berhubung dengan lebih detail. Dulu masa tinggal serumah, kami sering berbalas-balas surat untuk menceritakan apa yang kurang mampu diluahkan bila berhadapan. Macam lover. HEH!
Baru-baru ini sahabat saya telah dilanda satu realiti yang menyakitkan hatinya. Bukan masalah tetapi realiti. Saya tak mampu berada disisi untuk menenangkan hatinya. Saya tak mampu mencari perkataan yang mampu memujuk sahabat saya ini. Jadi, untuk kamu itu, mungkin you've already read this because I got this from one of your favourite magazine. But, I still want you to read this in my blog. Boleh?
Usah Risau...
'Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabarannya. Jangan putus asa.' Solusi Isu#2
'...mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.DIA menguji anda sedikit masa lagi.' Solusi Isu#2
Saya doakan sahabat saya ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan perjalanan kehidupannya dari segala aspek. Amin.
Selamat Hari Lahir, Sis ;)
Thursday, June 24, 2010
Cita-cita
Menulis juga adalah salah satu dari cita-cita saya. Tetapi saya sering tertewas dengan kebuntuan yang seterusnya melarat kepada kepudaran semangat. Sangat menyedihkan saya ini. Tewas mudah!
Namun, dikala saya ketandusan semangat untuk menulis blog, saya masih lagi bersantai dengan pembacaan saya dan saya terbaca petikan ini. Sangat inspirasi. Kita kongsi okay?
Berani bercita-cita besar
"secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi, jika garam yang secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi, sekolah malah sekolam air...masinnya tidak akan terasa langsung."SOLUSI Isu #2 - Pg 3
Inilah perumpamaan masalah dan cita-cita. Manalah ada jalan yang begitu mudah kan? Setiap yang ingin dimiliki ada harganya. Jadi, ada cita-cita, adalah masalahnya. Petikan ini memberi formula untuk kita tidak putus harapan terhadap cita-cita kita hanya kerana masalah datang dipertengahan jalan.
Garam = Masalah
Air = Cita-cita
Dapat tak maksud petikan ini. Inspirasi bukan?
"Ya, cita-cita besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu, jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah semasa, itu petanda cita-cita kita masih kecil." SOLUSI Isu #2 - Pg 3
Selepas saya baca ini, saya jadi malu dengan diri sendiri yang selalu tertewas dengan dugaan dan halangan. InsyaAllah, saya akan terus berusaha walau jatuh beribu kali pun kerana saya paling takut jika saya berakhir sebagai manusia yang langsung tidak punya cita-cita dan keazaman.
InsyaAllah, semoga kita mencapai apa yang kita impikan, Amin.
it's been a while
Banyak perkara yang ingin saya kongsikan tapi, semuanya hanya berlegar di fikiran. Saya gagal menyalurkannya dengan baik ke jari-jari saya nih.ALASAN! Baiklah.Maafkan saya.
Oleh kerana saya belum bersedia berkongsikan apa yang telah saya corat-coretkan sebelum ini (saya memang begini ~_~ selalu sangat rasa kurang bersedia ), izinkan saya berkongsi apa yang telah saya 'kutip' di sepanjang ketidakhadiran saya selama ini.Eceh! Cuma ingin berkongsi. Sharing is Caring kan...Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang baik ;)
Thursday, May 20, 2010
Edisi
Hurm.Sudah lama rasanya saya tidak BLOGGING nie. Bila dah lama terhenti, memang susah nak jemput mood masuk balik. Hari ini saya baca ‘
“Mama, Adam ada
Memang begitulah lazimnya. Seronok Mama,hari-hari dapat
Perkara ini memang menduga kesabaran kami di awal-awal perkahwinan.Alhamdulillah, kami dapat melaluinya. Semoga kami terus sepakat dalam mengharungi kehidupan di hadapan kami.InsyaAllah. Okay, sebenarnya, pada waktu yang menduga itu, perasaan ibu mengandung sangatlah sensitive dan terlebih emosi. Jadi Encik Suami selalu menulis
Sunday, April 4, 2010
Saturday, April 3, 2010
SUSAHNYA!
“Mama, Adam nak tanya sikit boleh?”
Adam Iman bertanya semasa saya nak menidurkan dia. Serius pula bunyi si kecil ni. Dia memang anak yang keletah dan selalu ingin tahu. Itulah kanak-kanak. Perasaan ingin tahu memang tinggi.
“Boleh,sayang. Apa dia?”
“Kalau kita selau
Aku terkedu. Serius soalan kali ini! Apalah yang bermain di fikirannya sekarang.
Berhati-hati saya menjawab.
“InsyaAllah, Allah Maha Adil. Kalau kita selalu berusaha dan berdoa, Allah akan bantu kita. Kenapa sayang?”
Dia diam. Berfikir mungkin. Berkerut sekali muka comel itu. Berdebar mama nak dengar jawapan dia.
“Hm, tak adalah.
Dia berhenti sambil memandang muka saya tanpa berkelip. Aku tersenyum dan minta si comel ini terus luahkan apa yang bermain difikirannya.
“Adam selalu cuba tak nak naughty, tapi…tak boleh. Adam selalu
Riak kecewa jelas sekali di raut si kecil saya itu. Sebak pula rasanya. Terbit rasa kesal dan insaf kerana mungkin saya menegurnya secara keterlaluan.
“Adam nak main je. Adam tak nak jadi naughty. Adam
Aduhai…Adam Iman ni kalau bercakap memanglah sangat tak macam kanak-kanak. (
Terdiam juga saya. Tiba-tiba terkenang saya marah dia bermain (bising) bila saya sedang menonton. Dia diam
Apa yang nak dijawab ni?
“Hurm, Adam jangan susah hati…Sebenarnya Adam tak sedar, Allah tolong Adam. Anak mama dah tak naughty tau sekarang. Bila mama tegur, Adam dengar kata. Tengok macam sekarang ni, mama suruh tidur awal, Adam tak melawan pun.
Itu bukan ayat tipu tau. Itu ayat memberi motivasi agar lebih terdorong menjadi anak yang baik tanpa putus asa! Adam Iman memandang saya tanpa berkelip. Kali ini tidak lagi berkerut. Tidak pula ada riak gembira macam dapat coklat. Tiba-tiba dia bingkas bangun dari baring.
“Betul ke Allah tolong Adam sebenarnya mama? Kalau kita usaha betul-betul memang Allah tolong ke mama?
Saya hanya tersenyum dan mengangguk kepala. Tak mampu berkata-kata dah! Bimbang tersilap kata.
“Kita tak boleh putus asa ye mama? Kena selalu cuba lagi, cuba lagi,
“Betul, jangan putus asa tahu. NEVER!”
Saya membalas sambil mencubit pipi dia yang tak berapa nak berisi itu. Dia ketawa suka lalu membalas.
“Okay. NEVER! Kena
Aku ketawa lega. Phew!
“Mama…”
Apa lagi kali ini. Janganlah soalan yang complicated lagi…HUHU!
“Ya, sayang.”
“Peluk Adam boleh?”
ADAM IMAN! Adam…Adam…Begitulah kerenah dia. Macam-macam!
Saya peluk dia lebih erat malam itu.
“Assalamualaikum,Mama.” Rutin dia selepas baca doa tidur.
“Waalaikummussalam, sayang.”
Saya sedar sekarang, bukan menjadi ibubapa saja yang susah. Menjadi anak juga susah jika banyak expectations dari ibubapa. Itulah lumrah manusia. Selalu terlepas pandang perkara remeh. Selalu expect yang terlebih-lebih. Okay, saya berazam untuk tak mahu make minor things major. ^__^
“We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly” Sam Keen
Terima kasih Adam Iman!


