Tuesday, January 17, 2012

Masih Bertatih

bertatih lagi aku ini walau sudah mampu berlari
bertatih lagi aku ini walau sudah mampu mendaki
bertatih lagi aku ini walau sudah melompat tinggi

bertatih lagi aku ini
masih bertatih!

Thursday, January 27, 2011

Satu Hari

Semalam, 27 Januari 2011 adalah hari yang memenatkan bagi saya. Bukanlah pergi berkebun atau ke laut. Tidaklah sampai begitu. Tapi semalam seharian di Fakulti Jalan Othman,PJ. Amboi, dikerah belajar sikit dah penat? Eh, tak adalah. Bukan penat belajar. Semalam, crit session dengan 2nd supervisor terasa best. Selepas berbincang, rasa seperti PC semput yang telah di refresh! HAHA! Berbalik pada penat tadi, mungkin sebab saya penat menempel. Tidak ada kelas yang spesifik. Dari pagi hingga ke petang menempel kat garden ( bukan Secret Garden, ya ) sekejap. Menempel kat library sekejap. Menempel sambil bawa beg yang MasyaAllah 'ringan'nya itu. Itu saja. Akibatnya, semalaman sehingga hari ini sakit pinggang ! Semoga kesakitan berkurangan sebelum esok. Bukan mengeluh, tapi warming up sebelum proceed dengan entry yang sebenar. HEHE!

Saturday, November 27, 2010

Permulaan yang Baru

Hampir ke Situ
Permulaan Yang Baru.
InsyaAllah.
Semoga Dipermudahkan Segalanya.
Ameen!

Hampir Ke Situ - Mendua

Biasalah kan, setiap kita ada 'up and down moments'. Selain memohon kekuatan dari Nya, saya selalu rasa kurang sampai nak melempiaskan kegusaran di hati melalui apa cara sekalipun. Selesa melayan kegusaran, kerisauan dan kerunsingan bersendirian. Oleh yang demikian, koleksi 'lagu semangat' banyak membantu saya memujuk hati, memujuk diri sendiri. DIRI DALAMAN saya yang adakalanya tergelincir dari paksi semangat. InsyaAllah, semoga saya berjaya melihat biasan cahaya di penghujung laluan ini. InsyaAllah ;)


Youtube Clip : credit to Syafiza169

'Lagu Semangat'

Aku sedar, bukan mudah
Untuk mengejar, mimpi indah
Pernah, suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah kumiliki

Sudah jauh, kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa,
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa,
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakah gunanya
Berhenti separuh jalan

Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Apa jua akhirnya
Tetap bersama


Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau berputus asa
Kerana
Ku ada disisi, setia menemani
Andai
Semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita HAMPIR KE SITU

by - Mendua

Wednesday, November 24, 2010

'Ariffin'

Sekarang ini, bila malam hari, selalunya saya melayan Adam Iman.

Melukis.

Membaca.

Melukis lagi.

Membebel.

Menangis bila saya usik atau tegur. (Ya, Adam Iman si Cengeng!)

Minta cium untuk dipujuk.

Membebel sambil melukis lagi.

Cium adik ;)

Marah adik! ( Boleh bayangkan?)
Dia menjerit depan perut saya marah adik dia.*Jealous! Tak senonoh :D


Satu malam, saya ambil buku bagi penghormatan untuk Adam Iman pilih nama adik dia. Jantina belum tahu, tapi saya suruh dia standby list of names for girl and boy. Biar dia rasa dia pun orang penting ;) Belek punya belek, akhirnya dia bagi dua nama. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Nama untuk girl saya terpaksa rahsiakan sebab saya macam suka nama itu. HEHE! Tapi, nama untuk baby boy, of all names, a five years old kid has chosen 'Ariffin' kalau adik dia lelaki.


Sajalah saya tanya, "Kenapa Ariffin? Nama lainlah." usik saya.


"Tak nak! Ariffin juga. Nama lain maksud dia tak sama." bentak dia.


Saya pun semaklah maksud Ariffin = Yang Bijak.


"Kenapa pilih maksud yang bijak untuk adik?" uji saya.


"Biarlah adik Adam nanti bijak dari Adam. Senang sikit. Bila Adam tak tau apa - apa, tanya adik aje. Tak payah susah - susah tanya orang lain." tersenyum sajalah saya dengan jawapan dia ;)

Kurang

Phew!
Lama betul tak mengarang - ngarang ni. Lama sungguh!Bermula dari alasan kegagalan mengatur masa dek kerana tugasan belajar sehingggalah alasan bertukar alasan.

Sepanjang kehamilan yang kali ini, saya banyak mengalamai keKURANGan. Serba-serba kurang berjaya dikawal. Kurang apa? Bukanlah apa-apa. Kurang yang remeh temeh, mungkin. Tetapi saya concern tentang kekurangan yang ada. Bukanlah sebelum ini hebat sangat. Tetapi, kalau yang sebelum ini pun tidak cukup sempurna, masih perlu diperbaiki. Ini, kurang pula!

Kurang Darah -
Yang ini tidak begitu remeh temeh. Kesannya, banyak kerja saya yang terbantut! Paling risau, kesan pada baby. Jadi, saya tanpa mengalah terus saja berusaha supaya next check - up kadar darah kembali normal. InsyaAllah.

Kurang Sabar -
Emak dan adik-adik saya komen : Antara symptom nak tahu saya 'berisi' yang paling ketara adalah saya memang KURANG SABAR. Atau, dalam erti kata lainnya CEPAT NAIK ANGIN T____T.
Adam Iman komen : Mama sekarang GARANG!
Setelah mendapat komen-komen yang sukar ditepis, saya dalam diam bersetuju! Kehamilan kali ini, bertambah mudah marah saya ni. Maknanya, ini bukanlah satu kebanggaan ya, Mama. *Beristighfar*

Kurang Nafas -
Biasalah tu, ibu hamil. Mengah. Tapi kali ini BETUL punya mengah! Mungkin sebab usia dah meningkat (Not that I'm old! - sajalah, bagi sedar diri-usia meningkat, bukan tua) HUHU!

Kurang Gesaan -
Yang inilah yang BAHAYA! Saya kurang gesaan untuk berbuat apa-apa terutama perkara yang saya suka buat. Seperti?

Membaca. Menulis. Melukis.

Selalunya perkara -perkara ini yang buat saya relax dan happy. Betul-betul rindu buku - buku yang terbiar itu. Tiada gesaan nak mencapai, apatah lagi nak membaca :(

Jadi, jangan tanya pasal my 'literature review' untuk thesis. Sudah lama tersadai. Baru bulan ini memaksa diri! Awal-awal dulu, baca setengah page dah berlari ke bilik air!

Dugaan betul!

Sekarang, Alhamdulillah, sudah boleh bergagah sedikit. Mari buka buku semula, Mama!Mari berGIGIH!


Aik, EMPAT sahaja keKURANGan saya?

Oh, tidak. Siapa kata EMPAT itu sedikit? Sudah lebih dari SATU ya. Banyaklah tu.

Sebenarnya, kesan-kesan keKURANGan itu yang buat saya rasa banyak kekurangan. Serba serbi tak kena saja. Ke Kiri Salah.Ke Kanan Salah.Buat apa semuanya tak menjadi.


TAPI, jauh sekali saya ingin menyalahkan baby saya. ini juga bukan rungutan. Sayalah yang gagal melawan. Jadi, sekarang, saya akan cuba 'bangun' perlahan-lahan semula. Bangun berDUA!

Come on baby, we have to be strong. there's still a long way waiting for us! It's Mama's BAD for not being strong enough for us. Now, can you help me sweetheart? Let's go! *sambil nyanyi lagu semangat Abang Adam!

Monday, August 30, 2010

Adam Tak Mampu

Dua hari lepas, suami saya ada di sini, berpuasa, berbuka bersamalah kami. Suka. HEHE.


Di awal-awal pagi, saya gerakkan suami untuk bersahur. Adam Iman yang baru kebah demam, saya biarkan saja berehat. Tapi, Adam Iman ni, bila tak berpuasa, bukan main celik lagi mata dia bangun bersahur. Tak payah berkejut, ayah belum bangun, dia dah cergas segar bugar.


'Mama, Adam mimpi lah malam tadi' tegur Adam sambil peluk ayah dia.


'Mimpi apa?' saya layankan saja.


'Adam mimpi Adam 'petir'(fire) ayah!' dia terus bingkas bangun menggayakan aksi 'petir' dia tu.


'Lepas tu Adam terbangun, Adam mimpi rupanya. Nasib baik ayah Adam ada lagi.' dia menyambung sambil memeluk ayah dia yang masih separuh sedar dari tidur tu. Sengih saja suami saya.


'Mama, Adam tak 'mampu'(patut) mimpi ayah macam tu kan? Tak baik Adam ni.' dia sambung lagi. Kali ini saya dan suami tergelak. Segar terus suami saya. 'Tak mampu', HAHA!


'Bukan tak mampu, tak patut' saya betulkan ayat dia.


'Ha. Tak patut betul Adam mimpi 'petir' ayah kan mama? dia betulkan ayat tanpa sedar dia buat lawak sahur. Lupa pula saya nak betulkan 'petir' dia tu kepada 'fire' !


Adam Iman, Adam Iman. Tengok lagi Ultraman banyak-banyak. Ayah juga yang jadi mangsa ;)


Apapun, alhamdulillah, Adam Iman mampu berpuasa penuh selama dua belas hari termasuk hari ini. Dia 'tuang' lapan hari sebab demam yang panjang minggu lepas. Kesian dia. Tak apa, ada lagi sepuluh hari, teruskan berpuasa ya, sayang. Yang ini Adam mesti mampu, insyaAllah.

Sunday, August 15, 2010

Bird

Semalam, saya jemput adik perempuan saya yang cute sekeluarga berbuka di rumah saya sebab saya dah rindu dengan anak-anak dia yang cute juga tu.


Nureesya dan Reezqy


Dua si kenit-kenit yang akan buat saya rasa nak cubit-cubit saja selalu. Si kakak Nureesya dah berusia 2 tahun lebih. Adik Reezqy baru saja sambut birthday yang ke satu tahun 4th August tempoh hari.


Sementara menunggu waktu berbuka, suami saya dukunglah Reezqy berjalan-jalan sekitar rumah.


"Bird mana? Bird..tunjuk bird mana.." suami saya bermain dengan Reezqy.


Reezqy pun menunjuk ke arah atas (burung kan terbang,,)


"Bird 'alam ampers'(dalam pampers) lah" si kakak Nureesya membetulkan jawapan adik dia.



(-_-') Adoi! Bird dalam pampers!

Friday, August 6, 2010

Semangat

"Semangat,semangat,
semangat,semangat,semangat.
Badan sihat
otak cerdas
saya ada semangat.
Kiri kanan
depan belakang depan
Kiri kanan
Depan belakang
Saya ada semangat! "


Saya tak begitu pasti dengan sesetengah bait lirik lagu ini, tapi lebih kurang begitulah bunyi dia. Ini lagu SEMANGAT yang Adam Iman ajar kami di rumah. Sebenarnya ada sekali ajaran tarian untuk ini. Tapi saya tak record pula. Nantilah. Mungkin Cik Ah dia ada merecordkan aksi-aksi tarian setempat tu.


"Mama, kalau mama rasa letih nak pergi school ke,, letih nak baca buku ke,, mama cubalah nyanyi lagu semangat ni. Teacher Adam ajar." kata Adam Iman sambil terus demo lagu tu depan kami semua - menghalang TV.


Memang la kena tonton dia menari sampai habis. Adam,,Adam Iman.


Terima kasih sebab ajar lagu semangat ya.


Erk.


Kenapa agaknya dia tiba-tiba ajar lagu semangat dekat saya ya?


Musykil.Saya musykil. +__+''

Monday, August 2, 2010

Senyum

Pagi hari ini, saya ke Fakulti di Jalan Othman, Petaling Jaya. Untuk balik ke Shah Alam, saya decide untuk naik komuter. Wah! Dah ada Ladies Coach. Walaupun dah tahu berkenaan ini, tapi sebab dah agak lama juga tak naik komuter. Tadi naik, mula-mula tak perasan saya berada dalam koc wanita.


I felt strangely comfortable.


Pusing - pusing kiri kanan depan belakang, barulah sedar saya berada di dalam 'Koc Wanita'. Patutlah rasa selesa. HIHI! Seronok dapat tengok ramai orang hari ini. Orang - orang pun dapat tengok saya. HAHA! Selalu sangat berselesa naik kereta. Kan saya kata, suka naik public transport seorang diri. Memang layan. Macam release tension. Sebab tak perlu bercakap-cakap. Boleh buat muka blur. Boleh berfikir-fikir (berangan lah tu!) dan boleh tengok banyak kerenah, banyak ragam.


Cakap pasal ragam dan kerenah, dalam komuter tadi saya pelawa seorang makcik untuk duduk.
Makcik manis. Sayalah yang bagi nama dia macam itu.


Makcik manis tersenyum lebar (dengan lipstick merah sekali - jelita!) sambil mengucapkan terima kasih pada saya. Saya mengangguk dan membalas senyuman. Cuba buat senyuman manis juga macam makcik tadi. Dia pun balas senyuman saya.


Kami saling berbalas senyuman. Senyuman kan sedekah. Sampai penatlah saya tersenyum - senyum sebab Makcik Manis tadi tak berhenti-henti tengok saya dan tersenyum. Kalau saya paling muka ke tempat lain, macam kurang adab atau sombong pula. Jadi, saya pun senyum saja sampailah makcik tadi sampai ke destinasi dan sempat memberi salam kepada saya.

'Waalaikumussalam' saya jawab.

Comel lah makcik manis tadi. Patutlah manis, suka senyum. Mari kita contohi makcik tadi, tak lokek senyuman. Jangan jalan mendongak saja!

Wassalam ;)

Friday, July 16, 2010

Layang-layang

Bukan pasal main layang-layang. Bukan juga pasal saya tak suka atau tak pandai main layang-layang. Saya okay saja. Ini antara mainan kegemaran Adam Iman dan ayah dia. Saya suka juga tapi selalu ditinggalkan dirumah. Selalu saja pergi terbangkan layang-layang senyap-senyap. Tapi saya bukan nak complain ke apa. Bukan.

Yang ini pasal tajuk buku.
Pasal buku yang saya sudah miliki dan yang mahu saya miliki.
Pasal buku yang sedang saya baca dan yang ingin saya baca.
Pasal buku yang menarik lagi inspiring dan yang macam menarik dan inspiring juga.
Pasal buku - buku ini. Dua-dua pun tajuk ada layang-layang.
Sebab saya baru habis baca yang satu milik saya, mulalah rasa nak memiliki yang lagi satu itu.




The Kite Rider : Sudah habis baca. Memang menarik. Rasa penat sikit :)



The Kite Rider : Saya suka cover ini. Tapi saya jumpa cover yang atas.
Hurm. Walaupun orang kata ' Don't judge the book by it's cover'
Still, saya mahu yang ini.Kalau jumpa, nak juga yang ini.
Sebab gambar budak itu mengiakan imaginasi saya semasa baca cerita ini.
Betul memang ada orang ride the kite ke? GAYAT tahu!




The Kite Runner : Belum ada maka belum baca.
Tunggu ya buku, saya akan cari kamu juga di rak-rak yang berhampiran. Tunggu.



Macam mahu terbang melayang - seperti layang-layang ;)


Quote 1 : "Life Quotes"

The lessons this life has planted in
my heart pertain


more to caring
than crop,

more to golden rule
than gold,

more to the proper choice
than
popular choice.

Kirby Larson, Hattie Big Sky, 2006

Bila Seorang Diri

Lepas lunch hour tadi, saya ambil cab ke Seksyen 7 untuk selesaikan sedikit urusan. Saya naik cab seorang pakcik yang lebih kurang sebaya ayah saya. Jadi, kata ganti nama, pakcik. Tak kisah kalau orang nak kata pelik atau kelakar atau apa saja.


Saya adakalanya seronok naik teksi. Lebih lagi kalau seorang diri. Tak tahu kenapa, rasa lapang. Boleh biarkan fikiran menerawang. Kadangkala ter-menyanyi pula lagu yang sedang bersiaran. HEH! Ini bukan rekaan. Memang.


Pakcik
cab ini drive asyik teragak-agak saja. Saya sebenarnya memang mahu cepat ni, tapi nak buat macamana. Tak akan pula nak suruh dia pecut!?Lagi satu, bila saya nak cepat, mestilah pemandu kereta (pakcik cab atau suami saya atau sesiapasaja - setakat ini.) akan salah masuk simpang. Dalam erti kata lain. Salah jalan. Kena berpatah balik. Hadoi! Memang suka bab menduga -duga ni kan. Sebab ini pakcik cab - bukan suami saya, tak boleh lah nak buat reaksi apa-apa. Sengih sajalah ya.


Nak menghiburkan hati, saya tumpukan pendengaran pada lagu yang sedang bersiaran. Lagu apa tahu?


Lagu dari kumpulan
Fotograf - Di Alam Fana Cintamu.


Rindu saya.


Bukan rindu lagu ini atau si penyanyi dia. Tapi rindu nenek saya yang saya bahasakan
Atok Mak. Sebab apa? HEHE! Sebab, masa lagu ni tengah top dulu, atok mak saya suka dengar lagu ni. Tunggu depan TV, tengok Muzik-muzik sebab nak dengar lagu ni. COMEL :D


Siap ingat tu, penyanyi dia pakai T-Shirt ada gambar pin besar besar. Rindu sangat dengan atok mak yang memang memanjakan saya terlebih-lebih. Sekarang, dia dah semakin uzur. Tapi, sampai sekarang kalau balik Batu Pahat, saya masih mahu tidur dengan dia juga. Saya harap dia tahu yang walaupun saya dah besar panjang-dewasa, saya masih cucu kecil dia.


Dulu masa saya masih bersekolah, dia teman saya berborak. macam-macamlah kami borak. Tapi sekarang? saya lebih suka dengar dia yang bercerita. Sebab dia dah jarang nak bercerita. Walaupun cerita tu dah 80kali saya dengar, saya masih suka saja nak dengar. Suka melayan dia. Betapa masa cepat berlalu kan. Berjela-jela kalau nak dilayankan perasaan saya sekarang ini. Tak apalah. Biar saya simpan sedikit untuk perbualan saya dan diri saya saja.


Semoga nenek kesayangan saya sentiasa dilindungi dan diberkati Allah S.W.T. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, Amin.


Memang suka macam ini, dari pakcik
cab ke atok mak! Sampai jumpa lagi ya,semua. Wasalam.

Thursday, July 15, 2010

Mari Baca Buku

Hujung minggu lepas, saya dan suami dan Adam singgah di gerai buku terpakai. Sajalah nak belanja Adam Iman. Lama tak belanja dia beli buku. Asyik hidangkan dengan buku 60sen saja. Bukan apa, diakan suka sangat melukis, sebab drawing block besar, dia nak yang boleh masuk beg. Saya belikan yang murah dan jimat. Jadi beli banyak-banyak pun tak apa. HIHI! Memang mama Adam ni. Jadi itu hari, kami pergilah cari-cari buku. Adam sekarang sedang kemaruk buku cerita. baca kuat-kuat kat rumah.


'Adam faham ke apa yang Adam baca tu?' saya saja nak usik dia.


'Takde lah faham sangat. Tapi Adam baca je.' yakin je menjawab budak ni.


Tak apalah. Tak faham pun tak apa. Pupuk saja minat membaca tu dulu. Mudah-mudahan berterusan. Lepas tu baru improve sikit-sikit. Kan? Sementara tengah kemaruk nak belajar ni, hidangkan saja.


Tengah cari - cari buku untuk Adam, mama pun jenguk-jenguk buku untuk mama sekali. Hadiah untuk diri sendiri. Masalah saya yang inilah. Kering macamana pun poket ni, kalau bahan bacaan memang susah nak kawal keinginan. Dan, saya terpandang satu buku ini. Macam seronok tajuk dia. Untuk saya. hadiah harijadi yang lalu. Ini dia.



Ya. Lagi satu tahun, I'm turning thirty.
Apa yang ada pada umur pinjaman Allah S.W.T
kalau tak diisikan dengan sebaiknya kan?
Buku ini hanya untuk hiburan saya.
Baru mula baca. Belum pun sampai separuh.


Salah seorang adik saya rajin menegur saya. Banyak lagi buku yang tak habis dibaca, asyik saja menambah buku baru. Saya sengih saja. Pada saya, tak rugi beli buku. Saya rasa macam ada kawan. rasa gembira sekali kalau dapat buku. Tak apa kalau belum habis baca dah tambah buku lagi. Sebab saya pasti akan baca. Terutama bila otak saya berat seperti hari ini. Tak. Tak rugi.


Books are delightful society. If you go into a room and find it full of books - even without taking them from the shelves they seem to speak to you, to bid you welcome. ~William Ewart Gladstone


Okay, sehingga berjumpa lagi sahabat semua. Wassalam.

Tuesday, July 13, 2010

Sebelah Mama

photo taken by Adam Iman


Adam Iman yang manja. Terlebih-lebih manja.

Ya. Bak kata umi(nenek) dia, itulah...lama sangat sorang-sorang. Apa mama nak jawab?

Senyum ajelah ;)

Sebab manja, semuanya nak berkepit dengan mama. Mama tak ada lah nak rimas ke apa (walaupun selalu juga cakap macam itu - control vogue aje tu). Tapi, mama suka juga. Sementara orang tengah nak manja-manja nie kan. Nanti bila dah besar panjang, tak tau pula apa gaya dia.

Pagi tadi, masa si Adam Iman sedang mandi, tiba-tiba dia jerit,


'Mama, berus gigi mama colour apa?' dia tanya dari dalam bilik air.


'Dark green. Kenapa?' kenapa pula budak bertuah ni.


'Yang ini eh?' dia keluar nak pastikan berus gigi yang betul.


'Yup. yang itulah. Kenapa?' mama tanya lagi.


'Takde apa. Bestnya, berus gigi Adam rupa-rupanya duduk sebelah berus gigi mama.' seronok dan ceria sekali suara dia.


Tersengih mama sorang-sorang sambil goreng nasi buat bekal dia dengan Cik Ah.
*-* Dapat vitamin happy pagi-pagi.HEHE!


Adam Iman, semoga sentiasa gembira dengan kehadiran mama disebelah Adam walaupun Adam dah dewasa nanti ya. Amin.

Saturday, July 10, 2010

CD RM10

sources : Google Image


Pada satu hari baru-baru ini, saya tak ingat bila exactly. Saya ada appointment dengan kawan office untuk ke site. Disebabkan saya cuti hari itu, saya pun terkeluar rumah lebih awal. Untuk mengisi masa terluang sambil menunggu kawan saya tiba, saya singgah sebentar di sebuah restoran. Niat di hati hendak minum sahaja - buat syarat sebab tumpang berteduh. Ya. Saya perlu berjimat cermat. Saya pelajar ya. Mana boleh suka - suka nak makan dekat luar saja. Nanti 'boss' dekat Perak geram :P


'Minum saja. Jangan merapu.' saya cakap dalam hati lah.


Sambil-sambil saya leka melayan bahan bacaan dan menikmati air soya lazat, datanglah seorang encik memberi salam penuh sopan.


'Assalamualaikum' sopan saja.


Saya jawab salam encik itu, tapi dalam hati berdetik 'Aduh! Ini yang lemah ni.' tak baik saya ni kan?


Betul. Saya paling lemah bila sedang duduk makan atau minum di kedai, ada encik atau cik atau adik yang datang menghampiri untuk menjual barangan offer RM10. Tambahan bila saya sedang nekad berjimat (lebih kepada memang kena jimatlah!) Tak sampai hati nak tolak.


Samalah jadinya dengan encik ini. Saya akhirnya membenarkan dia memulakan aktiviti marketing dia. Dia jual buku zikir beserta CD - RM 10. Saya jadi lembut hati untuk mendengar sebab dia sangat sopan. Macam ini.


'Ini ada buku zikir dan CD, harga promosi cik, RM 10 saja. Kalau cik berminatlah. Tiada paksaan.' sopan dia tersenyum.


'Zikir apa ya, yang ada dalam ini?' sekadar menghormati dia sebab macam terpaksa jangan beli saja. Tapi tak sampai hati nak terus tolak.


'Oh, ada macam-macam zikir yang merdu cik dalam ni. Contohnya seperti ini ya.' dia macam sedang adjust diri dia. Saya ingat dia nak keluarkan apa. CD player ke..MP3 player ke..(eceh!)


TAPI,


Terkesima sekejap saya bila encik itu mengalunkan zikir-zikir yang ada dalam CD itu - ikut turutan list okay! Merdu sekali.


Tak tahulah dek kerana saya yang terkejut ATAU berkat kesungguhan dia melaksanakan kerjanya dengan ikhlas, saya beli CD itu! Bila encik itu berlalu pergi, saya masih belum habis kagum dengan dia.


Betapa kan? Kita yang ada kerja bagus pun kadang kala mengeluh saja. Dia yang terpaksa menapak bawah terik matahari sepanjang hari, approach orang seorang demi seorang, boleh sentiasa tersenyum. Saya memang kagum bila jumpa orang yang tak complain dan mengeluh. Sangat kagum.


Hujung minggu, Encik Suami balik, saya ceritakanlah pada dia. Penuh teruja saya cerita. Respond Encik Suami? Macam ini.


'Kan? Kagum kan? Memang dah itu kerja dia. Dia kena buat sungguh-sungguh lah. Macam kita juga. Itu lebih baik dari dia meminta-minta.Betul?' ~~hi..ing~~


Itulah suami saya.
Dia pun antara individu yang susah sekali saya dapat dengar dia complain atau mengeluh. Sangat susah. Kalau suka senyum. Tak suka diam. Bukan bermasam muka. Tapi diam saja. Hurm. Sebab itu dia inspirasi saya :)


Tiba-tiba saja. Entry tentang encik jual CD, suami pula jadi inspirasi :D


"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu" http://www.familiazam.com/mutiara_kata.htm


Saya percaya encik CD tadi semestinya mempunyai cita-cita yang hebat. Semoga dia mencapai cita-citanya - (asalkan ianya yang baik-baik dan diredhai Allah) . Amin.


Jumpa lagi, Wassalam :)

P/S : Gambar CD tu gambar hiasan saja. CD yang saya beli lain rupa dia. Warna purple. Hiks!

Friday, July 9, 2010

BLESSED 29th!

Belated Birthday Entry.
Actually, not so much about me but I made this entry to say thank you. Okay ;)


Alhamdulillah, saya genap 29 tahun penghujung Jun tempoh hari. Semoga usia yang dipinjamkan Allah S.W.T ini dapat saya manfaatkan sebaik mungkin. Tiada siapa tahu pinjaman itu akan diberikan lagi atau tidak tahun depan.
Wallahualam.


Apapun, alhamdulillah, di usia yang semakin menginjak ini, saya dikelilingi orang - orang yang saya kasihi. Saya masih dapat berusaha melakukan perkara yang saya suka - belajar. Saya ada ibu yang masih lagi sudi marah saya walaupun saya sudah berkeluarga. Saya ada suami yang sangat supportive dan sentiasa membimbing. Saya ada anak yang keletah dan menghiburkan. Saya ada adik-adik yang memahami dan saling beri kerjasama. Saya ada sahabat-sahabat yang ikhlas dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Kebahagiaan masing-masing adalah impian kami.


Alhamdulillah
,
Allah hadiahkan mereka-mereka yang hebat ini dalam hidup saya.



Terima kasih kerana ingatan mereka terhadap saya bukan hanya pada hari lahir saya. Ingatan dan doa mereka sudah memadai untuk saya. Namun, mereka-mereka ini orang hebat. Mereka meraikan hari lahir saya :) Terima kasih semua, kamu-kamu yang menjadi kesayangan saya.


Terima kasih.


_________________________________________________________________

29th June 2010 : Get Together ~ Big Thank to dua sahabat yang sudi mengambil cuti. Sayang Kamu Eh.




Si Darah Manis 1


Si Darah Manis 2




Si Manis ;)

___________________________________

Menghabiskan masa ber'snap-snap'
bersama sahabat-sahabat manis saya
di Putrajaya pada tengahari panas terik
tak boleh buka mata tapi nak juga posing!
________________________________
______



____________________________________

Adorable Anya Rachmania

Pada hari yang sama kami juga melawat Cissy
dan si anak comel Anya. Sungguh lah comel ;)

____________________________________

________________________________________

Pergi juga ke ICT - gambar kurang menarik
.
Jadi, tiada gambar untuk yang ini.
____________________________________




1st July 2010 : Birthday Makan - makan ~ Big Thank to my lovely family. ~~love~~


______________________________________

Sebab birthday kami berjiran, kami sambut sekali.
Itu, Encik Rozaidi, adik ipar saya.
TAPI,dia sambut
yang ke 30 tahun.
Saya? Baru 29 tahun. 20-an lagi :D
________________________________
_____



Family, siblings and cousins

________________________________________

3rd July : Surprise gift from Encik Suami ;)
* I Love You, Thank you *
____________________________________


Dah seronok - seronok, apalagi? Masuk belajar balik lah kakak. Semester baru dah mula!

Jumpa lagi, Wassalam.



P/S : Gambar-gambar pada 29th June : Credit to Siti Kamariah




MY LITTLE PRECIOUS


Ilham Reezqy ~ Adam Iman ~ Ilmi Nureesya



Sayang Adik, Hurm. Bila tengah sayang, bukan main lagi



Si anak - anak yang menggeramkan



Nak juga pose sayang - menyayang. Hurm...



Abang Adam dan Kakak Nureesya yang pitching sama tinggi!



Thursday, July 8, 2010

SEMPURNA

Sempurna yang bagaimana boleh dikatakan sempurna ya?

Kita manusia yang tidak akan pernah sempurna tetapi seringkali inginkan kesempurnaan dalam segala aspek dalam hidup kita. Ingin keluarga sempurna. Kerjaya sempurna. Kehidupan sempurna. Semuanya mahu perfect!


Masa kecil, kalau kehidupan kawan nampak lebih sedikit dari kita, mulalah berasa hidup kita kurang sempurna. Bila sudah menginjak remaja dan masuk kolej /universiti, tak payah lah dihuraikan dengan lebih panjang lebarnya. Kesempurnaan adalah lebih besar untuk belajar lebih 'fokus'. Tak cukup itu ini nanti kurang pula motivasi belajar. Iyakah? Fikir-fikirkan lah kita ya.


Lebih sedih bila dah bekerja pula. Sebab masa kita kecil kita selalu rasa hidup sendiri kurang sempurna berbanding orang lain. Selalu rasa hidup tidak bertuah berbanding orang lain. Bila dah berjaya dan menjadi manusia bernilai 'A' dalam pencapaian, kita sogok pula anak dan keluarga kita tentang ideologi 'sempurna' ini. Nak ke sekolah kena ada persediaan baru. Nak raya kena ada baju raya, songkok raya, kasut raya,tali pinggang raya barulah sempurna raya kita. Baju kena sedondon baru raya. Kena ada angpau baru raya. Jadi, anak cucu kita pun membesar dengan ideologi 'sempurna' yang macam itu. Hurm.


Itulah kita manusia. Diri tak sempurna tak mahu dibetulkan, tak mahu cuba disempurnakan. Tapi kehidupan perlu sempurna! Aduhai...

Bersyukur saya suami dan sahabat-sahabat saya selalu 'mengetuk' saya bila saya bodohkan diri mempercayai ideologi 'sempurna' yang macam itu. Terutama suami saya. Terima kasih, suami. Kerana selalu di 'ketuk', saya semakin faham erti kesempurnaan dalam hidup saya. Saya semakin menghargai ketidaksempurnaan yang ada dalam hidup saya kerana perkara-perkara itulah yang membuatkan hidup saya sempurna!

Ironi sekali jika dalam mengejar kesempurnaan kita mengorbankan banyak perkara yang kita rasa tidak sempurna kan? Habis, kalau dah 'sempurna' sangat hidup tu, apa lagi yang nak dibuat? Termenung? Tengok aja? Iyalah. Nak dibetul begakan pun tak perlu, sempurna sangat. Hadap ajelah. Bosan kan?

Terus, rasa tak sempurna lagi? Hurm. Sakit hakikat ini, tapi inilah yang terjadi hari ini. 'Sempurna' ini jugalah yang buat manusia nilai 'A' atas kertas tidak bernilai 'A' dalam kehidupan. Pincang! Tahu nganga saja. Kalau disuruh usaha dikatakan kehidupan ini susah. Mati takut, hidup segan pula berusaha. Takut susah. Segan susah. Buat persiapan macam kalau dah susah tu pengakhir kehidupan.

Jangan selalu salahkan orang atas kegagalan sendiri. Jangan selalu mengeluh bila banyak kekurangan diri. Syukurlah selagi kita mampu bersyukur.

'Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.'
Zul Ramli M Razali ~ U-Turn Ke Jalan Lurus

Akan selalu saya katakan, ingatan dan kesedaran ini lebih untuk diri sendiri dan suka dikongsi dengan sahabat semua. Wassalam.

Jumpa lagi, semoga di entry yang lebih ceria. Sekarang cuaca mendung sedikit :)